Rabu, 30 Disember 2015

Emas Tiada Kewarganegaraan

EMAS TIADA KEWARGANEGARAAN




Sifat emas adalah universal

Diiktiraf di mana-mana negara seluruh dunia

Tiada batasan sempadan.

Buktinya

Di waktu Perang Saudara Vietnam, rakyatnya lari ke negara jiran dgn membawa kepingan emas kemudian dijual utk dptkan tunai bagi memulakan hidup baru.

Juara Tilawah Antarabangsa dihadiahkan jongkong emas di mana kita sedia maklum penglibatan Tilawah tu melibatkan peserta² dari luar negara.

Juara Sukan² Asia, Komenwel mahu pun peringkat dunia akan bawa pulang pingat emas. Bukan emas sadur eh, tapi emas tulen tuu.

Antara faktor negara kuasa² besar dahulu menjajah adalah ingin mengaut hasil bumi negara yg dijajahnya termasuklah emas dibawa pulang & sehingga srkg negara mrk kaya raya.

Kenyataannya

Wang Kertas hanya terhad di sesuatu negara tertentu sahaja. Penggunaan'nya ada sempadan.

- Emas merupakan pilihan terbaik yg perlu dimiliki & dijadikan sebagai pelindungg kehidupan ekonomi anda & keluarga anda.

- Masih tak percaya emas boleh diterima seantero dunia ? !! Anda boleh cuba beli sekecil 1gram atau 1/4 dinar emas Powergold kemudian jual di negara luar. Tengok apa respon'nya ?





SMS / WhatsApp : 019-2692067





Isnin, 28 Disember 2015

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Simpan Emas Sekarang

Jom Kita Semak 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Simpan Emas Sekarang




KESELAMATAN 

Sedar tak ? Wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan . Setiap kali nak witdraw duit , mesti akan dikenakan caj . Kadang-kadang tu bila akaun bank kita tak aktif , pihak bank akan sedut je baki yg ada dalam bank tu . Pernah kena tak ?

PERLINDUNGAN 

Simpanan dlm bentuk wang fiat (syiling & duit kertas yang kita simpan sekarang ni) akan sentiasa di mamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan turun. Tengok la nilai RM berbanding USD skrg. Sedih..

Emas pula kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Yang paling best. Kekayaan kita tidak akan berkurangan jika simpan emas. Sebab tu la raja-raja suka simpan emas. Raja kan kaya

MUDAH DICAIRKAN 

Selain emas , kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah , properti dan bon.

Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada satu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu ambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang.

Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya kedalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni . Sebab apa ? Sebab permintaan terhadap emas memang sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas , kedai pajak gadai , peminat emas dan lain-lain .

TAHAN LAMA

Aset seperti rumah,kedai, kereta, surat berharga malah wang kertas akan mudah terbakar atau berendam di dlm air apabila berlakunya bencana alam . Nilainya juga akan hilang.

Emas pula bersifat tahan pada api dan air. Emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.


HAK PEMILIKAN DAN PENGELOLAAN SENDIRI

Anda beli emas, anda dapat emas , anda pegang emas , anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya . Bukan pihak lain atau pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit) , tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.

Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya , bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja anda boleh buat.

Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama , mungkin 10 hari bekerja , walaupun dalam keadaan kecemasan , di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan.

Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh , agak sukar untuk mengeluarkannya , walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti .

Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.





SMS / WhatsApp : 019-2692067


7 Perkara Jangan Dalam Simpanan Emas

7 PERKARA JANGAN DALAM SIMPANAN EMAS




1. JANGAN MALAS 

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas seperti sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada dipasaran dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.

Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tak pernah habis.

2. JANGAN AR-RAHNU SEBARANGAN 

Ramai yg menyalahgunakan perkhidmatan Ar Rahnu kebelakangan ini. Peranan Ar Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak.

Siapakah yang tamak ? Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 @ 30:70.

Contohnya seperti ini : Katakan emas 999 100g berharga RM10k. Pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di Ar Rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7K dan menyerahkannya kepada peniaga.

Urusan dengan peniaga sudah selesai dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.

Apa cerita dengan pembeli ? Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

3. JANGAN JUAL EMAS ANDA 

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar semasa harga tinggi ( beli rendah jual tinggi ) .

Jadi untuk apakah membeli emas ? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

Jual Emas hanya untuk 5 perkara :
1. Rumah,
2. Hartanah,
3. Emas dalam bentuk lain ( barang kemas ) 
4. Modal Perniagaan
5. Keperluan atau Terdesak.

4. JANGAN SIMPAN WANG KERTAS

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.

Setiap kali harga emas naik, ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita. Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan , sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah Emas dalam bentuk fizikal seperti Dinar, Bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

5. JANGAN TUNGGU 

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nk beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli. Ya, memang betul emas mahal...hampir setiap tahun orang kata emas mahal. Jadi pada masa bila emas murah ?

Dulu harga emas RM 16/gram pun orang kata mahal , RM 38/gram pun orang kata mahal, RM 90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM 200/gram pun orang kata mahal.

Jawapannya tahun demi tahun harga emas makin mahal.

Rugilah golongan yang hanya menunggu & melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM 140/gram, sekarang dah dekat RM 200/gram. Ini baru menyimpan sahaja dah untung.

Jika yang meniaga macamana ? Lagi untung !!!!

6. JANGAN TOLAK 

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang ISLAM iaitu Dinar dan Dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yg cuba mengembalikan matawang ISLAM ini.

Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat di gunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. Saya sudah bermula, anda bila lagi?

7. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI : 

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas....janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain. Sebarkanlah tentang emas, perak, dinar dan dirham. Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza.

Tidak guna jika hanya kita seorang sahaja yg tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya , tetapi saudara mara kita, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.

Memang ada yang tidak boleh terima terus. Gunakanlah cara berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.

Moga bermanfaat.

Jom mulakan simpanan EMAS
1 Gram
1 Bulan
1 Keluarga
1 Kekayaan



WhatsApp / SMS : 019-2692067


Ahad, 27 Disember 2015

Apabila Matawang Kertas Tidak Lagi Laku

APABILA MATAWANG KERTAS TIDAK LAGI LAKU

Assalamualaikum , saudara dan kawan-kawanku sekalian...

Akan sampai masa Ringgit, Dollar Dan Euro tidak berguna lagi...

Perkataan siapakah yang paling benar dan patut kita percayai selain Firman Allah dan sabda RasulNya ?

Dalam kesibukan urusan duniawi pesan baginda saw banyak dan sering kita terlepas pandang atau mungkin juga lagha untuk mengambil perhatian dan memikirkannya.

1,434 tahun yang lampau, Rasulullah saw telah mengingatkan kita satu senario yang sangat penting iaitu keadaan di mana hanya emas dan perak yang berguna.

Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan  boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam Ahmad ibn Hanbal).




Kita Pula Bagaimana ?

Bayangkan di saat apabila kita hendak membeli barang makanan kita dimaklumkan bahawa pembelian hanya diterima dengan tukaran emas atau perak sahaja. Sedangkan di saat itu kita tidak memiliki sebarang bentuk emas atau perak. Menyesal kemudian tidak berguna.

Sebaliknya Yahudi@ Israel telah mula menggunakan matawang dinar dan dirham.

Pihak Yahudi amat yakin dengan sabda Rasulullah saw atas apa yang bakal berlaku khususnya peristiwa dan apa yang bakal berlaku ke atas mereka di akhir zaman. Hanya mereka keras kepala mahu melawan taqdir. Memang itu tabiat yahudi.

Bila disebut pokok gharqad tidak akan memberitahu orang Islam jika Yahudi bersembunyi dibelakangnya, maka Yahudi telah menanam 240 juta pokok Gharqad di Israel sebagai persediaan.

Bila disebut kuda-kuda tentera bendera hitam akan diikat dipokok-pokok zaitun, Yahudi berterusan mencabut, membakar, mengebom dan cuba membinasakan pokok-pokok zaitun di kawasan yang dikatakan akan berlaku peristiwa tersebut.

Bila dikatakan peperangan akhir zaman menggunakan pedang dan panah, Yahudi menempah pedang titanium ( ringan, tajam dan kuat ) sebagai persediaan menentang orang
Islam yang dipimpin Imam mahadi.

Bila disebut simpanlah dinar dan dirham, Yahudi terus bersiap sedia menghadapi saat-saat tersebut.

Jangan kita termasuk dalam golongan sudah terhantuk baru tengadah . Eloklah kita ambil fikir dan jadi golongan sediakan payung sebelum hujan.

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Menyimpan Emas





SMS / WhatsApp : 019-2692067




Jumaat, 25 Disember 2015

Antara 10 Kelebihan Emas

ANTARA 10 KELEBIHAN EMAS



1 ) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur. 

2 ) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa.

3 ) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

4 ) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

5 ) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

6 ) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

7 ) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM764 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

8 ) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan.

9 ) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

10 ) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.





WhatsApp / SMS : 019-2692067


Fakta Menarik Tentang Sejarah Emas

FAKTA MENARIK TENTANG SEJARAH EMAS




1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Menyimpan Emas

#1gram1bulan1keluarga
#IamPowerGold

Hubungi nombor dan lawati laman web dibawah untuk lebih informasi 

WhatsApp / SMS : 019-2692067




Khamis, 24 Disember 2015

Kini Emas Power Gold Diterima Ar Rahnu

Kini Emas Power Gold Diterima Ar Rahnu




Menyimpan emas dalam jangka masa panjang adalah menguntungkan.

Kecuali satu sahaja risikonya iaitu hilang atau dicuri

Jadi salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar Rahnu

Dan kalau kena dengan tekniknya.. anda akan mendapat pendapatan pasif

Konsep Ar Rahnu sebenarnya sama dengan personal loan di bank

Cuma bezanya bila kita menggadaikan sesuatu.. kita akan lebih berjimat cermat menggunakan duit pinjaman tersebut..

Ar Rahnu (kedai pajak gadai islam) asalnya dr perkataan "Rahn" - Gadai..

Dalam sistem Ar Rahnu kita cuma boleh meminjam kira-kira 70% dari harga emas kita..

Apa Lagi Kelebihan Ar Rahnu

Bebas riba

Emas yang di simpan selamat

Caj perkhidmatan yang rendah

Tiada unsur penipuan semasa menimbang..kalau kedai emas bukan Islam.. kemungkinan tu tinggi

Tempoh bayar balik yang lama iaitu 6 bulan dan boleh di lanjutkan lagi dengan syarat kena bayar upah simpan.

Kalau tak ditebus.. dia akan lelong.. tapi Notis pemberitahuan akan di beri kepada tuan emas terlebih dahulu..

Hasil lelongan Ar Rahnu cuma ambil jumlah hutang dan upah simpan.. selebihnya akan di pulangkan kepada Tuan Emas

Ar Rahnu adalah sistem pinjaman bebas Riba..

Kalau sapa2 ada kad kredit.. untuk pengetahuan itu adalah Riba yang nyata..

Bayar tapi Hutang tetap bertambah..

Beli emas mulai sekarang.. kerana harga emas meningkat setiap tahun.

Seeloknya belilah Emas yang boleh diterima di Ar Rahnu seperti Barang Kemas, Dinar & Gold Bar.

Emas bukan barang kawalan harga.. Jadi carilah tawaran emas yang paling murah..

Mengikut pengalaman paling murah adalah barang kemas terpakai

Kalau pergi Ar Rahnu.. dia tak kira Terpakai atau Baru.. dia tetap kira harga yang sama

Emas yang di gadai tidak di kenakan Zakat.. tapi apa salahnya keluar duit sedekah kepada pusat zakat..

Pilihlah kedai pajak Islam (Ar rahnu) Jangan lah pergi kedai pajak bukan Islam lagi dah.

Renungkan Sedikit Hadis

" Dan jika kamu berada dlm musafir ( lalu kamu berhutang atau memberi hutang yg bertempoh.. Sedangkan tiada jurutulis, maka hendaklah di adakan barang gadaian utk di pegang oleh org yg memberi hutang" Surah al Baqarah : 283.

Sebelum cerita lebih lanjut pasal Ar Rahnu dalam hari2 mendatang.. ini ada sikit tips nak share bila nak beli emas

Beli Emas mulai sekarang.. kerana harga emas meningkat setiap tahun.

Seeloknya belilah Emas yang boleh diterima di Ar Rahnu seperti Barang Kemas, Dinar & Gold Bar.

Emas bukan barang kawalan harga.. Jadi carilah tawaran Emas yang paling Murah..

Mengikut pengalaman saya.. paling murah adalah Barang kemas terpakai..

Kalau pergi Ar Rahnu.. dia tak kira terpakai atau baru.. dia tetap kira harga yg sama

Emas yang di gadai tidak di kenakan Zakat.. tapi apa salahnya keluar duit sedekah kepada pusat zakat.

Pilihlah kedai pajak Islam (Ar Rahnu). Janganlah pergi kedai pajak bukan Islam lagi selepas ini


Antara Ar Rahnu Yang Ada Di Malaysia


  • Ar Rahnu Agrobank
  • Ar Rahnu Bank Rakyat
  • Ar Rahnu Exchange 
  • Ar Rahnu Yapeim
  • Ar Rahnu Pos Msia
  • Ar Rahnu Maidam Terengganu
  • Ar Rahnu Koperasi
  • Ar Rahnu Yayasan Perlis & Johor

Dan banyak lagi , senang jer nak tahu dia kedai pajak Gadai Islam..ada perkataan Ar Rahnu

Pemberi Pinjam Atau Ar Rahnu Ini Di Panggil "Murtahim"

Macam mana Murtahim mendapat untung?

Keuntungan mereka adalah dari

--> Upah simpan

--> Hasil jualan barang yg tidak ditebus oleh pemajak "Raahin".

Kenapa Sebelum Ini Berlaku Gold Bar Tidak Di Terima Oleh Ar Rahnu..

Kerana tujuan asal adalah untuk membantu orang yang dalam kesusahan, kebanyakkan dari wanita yang menyimpan barang kemas.

Kerana penganjur skim haram biasanya menggunakan Gold Bar untuk di pajak dalam kuantiti yang banyak.

Ar Rahnu ada kuota harian

Tapi tahun tahun kebelakangan ni, selepas banyak skim haram ni dah tumpas, jadi Gold Bar dan Dinar mula di terima semula..


Apa Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Menggadai Emas Kita 

--> Kena tahu berat emas tu (boleh rujuk resit pembelian)

--> Kena tahu mutu emas kita (boleh tgk pada resit dan pd barang tu sendiri / ada cop pada barang itu 916@999)

--> Harga emas semasa

--> Peratus pinjaman yg dibenarkan ( biasanya antara 50% -75% )

--> Kadar upah simpan setiap Ar Rahnu..

Tips Menggadai Barang Kemas

Pilih Ar Rahnu yang paling tinggi harganya
Pilih Ar Rahnu yang upah rendah
Paling baik adalah memajak emas yang berkualiti tinggi seperti 999 & 916
Memajak barang kemas terpakai adalah cara yang sangat bijak
Cari Ar Rahnu yang mengemas kini harga setiap hari
Cari Ar Rahnu yang dekat dengan lokasi anda dan kalau boleh tempat yang tidak ramai pelanggan.

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Meyimpan Emas

#1gram1bulan1keluarga
#IamPowerGold

Hubungi nombor dan lawati laman web dibawah untuk lebih informasi : 



WhatsApp / SMS : 019-2692067


Rabu, 23 Disember 2015

Antara Dinar,Gold Bar Dan Barang Kemas

DINAR GOLD BAR ATAU BARANG KEMAS 




Yang selalu bermain di minda seseorang yang baru  "nak belajar simpan emas"

Soalan

Mana yang paling bagus?

Jawapan

Pelbagaikan simpanan emas anda kerana setiap emas ada sifat dan kelebihan masing-masing .

DINAR

- boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
- digunakan untuk membayar zakat
- dijadikan sebagai hantaran mas kahwin
- cerderamata / hadiah untuk org tersayang
- simpanan untuk pergi haji
- tabungan/simpanan

GOLD BAR

- harga lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1g kerana kos pembuatan tinggi....
- memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata2....
- pilihan utk mereka yang sudah banyak emas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula...
- bentuk fizikal lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya....
- sesuai untuk simpanan jangka masa panjang spt pendidikan anak2....perkahwinan....simpanan hari tua....membeli rumah dan lain2....

BARANG KEMAS

- dijadikan perhiasan wanita
- mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan berkilau
- fungsi 4 dalam 1.... perhiasaan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
- mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan Ar Rahnu

Semoga berjaya....!!!!

Selamat Membaca Berfikir Dan Berazam Untuk Meyimpan Emas

Hubungi nombor dan lawati laman web dibawah untuk lebih informasi 



WhatsApp / SMS : 019-2692067